Friday, June 19, 2009

KAEDAH-KAEDAH AMALAN PEMULIHAN PATAH TULANG

1. Kaedah amalan biasa/ konvensional

2. Kaedah mistik (bersyarat)


1. Kaedah Amalan Biasa /Konvensional

Peringkat-peringkat pemulihan tulang patah:


1.1 Semasa berlakunya kepatahan tulang


1.2 Semasa proses pemulihan/penyambungan tulang patah.


1.3 Selepas proses penyambungan berlaku. Pemulihan kembali kepada kemampuan pergerakan asal.


1.1 Semasa berlaku tulang patah


Semasa berlakunya patah tulang, mengikut kaedah tradisional yang diamalkan dulu adalah dengan membetulkan kedudukan tulang yang patah. Bahagian yang patah (contohnya kaki) akan ditarik terlebih dahulu jika berlaku kebengkokan atau tergelincir dari kedudukan asal. Selepas itu baru diapit sama ada dengan beberapa keratan buluh atau kayu dan diikat. Perkara ini biasanya dibuat selepas semua luka-luka dibersihkan terlebih dahulu seterusnya ubatan dengan ramuan herba tertentu daripada daun atau kopi digunakan dalam balutan.


1.2 Semasa proses pemulihan penyambungan tulang


Waktu pemulihan ini sangat penting di mana penyambungan yang sempurna antara bahagian-bahagian yang patah itu adalah diharapkan. Oleh itu waktu penyembuhan yang singkat amat dituntut. Pada waktu ini teknik-teknik tertentu digunakan bagi kesempurnaan peredaran darah supaya proses penyembuhan keseluruhan dapat berlaku pada tempuh sepatutnya.


1.3 Pemulihan selepas penyambungan berlaku


Pada ketika ini proses pemulihan pergerakan anggota yang terjejas akan dilaksanakan di mana pesakit akan dibantu untuk memudahkan pergerakan dan nasihat diberikan tentang kaedah latihan yang harus dilakukan seterusnya. Di sini terapi urut yang berkaitan dengan masalah otot dan sendi akan digunakan supaya anggota yang terlibat dapat berfungsi seperti sediakala.


Kaedah-kaedah tersebut diamalkan oleh pengamal-pengamal persilatan Melayu dan mereka yang mengamalkan secara urutan biasa dan doa.


2. Kaedah Mistik (bersyarat)


Apakah yang sebenarnya berlaku semasa terapi pemulihan tulang dijalankan? Pada penglihatan mata kasar kita, kaedahnya adalah sangat mudah. Di mana kebenarannya boleh dipertikaikan, tetapi inilah yang sebenarnya yang berlaku dan telah diamalkan sejak zaman berzaman. Sebagai pendedahan dan untuk pengetahuan walaupun amalan ini selalunya tidak masuk akal dan tidak boleh dibuktikan secara saintifik. Walaupun begitu ada baiknya saya dedahkan serba sedikit berdasarkan pengetahuan saya untuk pengetahuan kita semua.


Ilmu yang diperolehi melalui keturunan (turun temurun melalui

ibubapa, datuk nenek dan sebagainya)


Biasanya kaedah pembelajaran adalah terus daripada ibubapa, datuk nenek atau keturunan. Ia juga boleh diperolehi melalui mimpi.


2.2 Ilmu yang diperolehi secara tuntutan/belajar dari pengamal pertama (pengasas)


Biasanya mereka yang menuntut secara kaedah ini tiada bersangkut paut dari segi pertalian darah. Mereka biasanya tidak dapat memanjangkan ilmu yang diperolehi kepada orang lain.


Ilmu Urut Tradisional kaedah ini adalah diterima melalui perantaraan jin. Lantaran itu, kita tidak dapat melihat apa yang sebenarnya pengamal tersebut lakukan. Pengamal tersebut melakukan perkara yang ditetapkan sahaja. Inilah isyarat kepada pengurut sebenar atau pembantu yang akan melaksanakan kerja-kerja pengubatan atau pemulihan. Pembantu inilah yang dikenali sebagai pendamping.

7 comments:

  1. Salam. bolehkah tuan ceritakan tentang SEJARAH bomoh patah/bomoh tulang/tukang urut?

    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana bertanya,secara ringkas dari kajian saya sejarah bermulanya pengamal-pengamal tersebut adalah berdasar keperluan semasa itu. Adalah diketahui bermulanya temadun manusia belum ada lagi kemudahan perubatan moden seperti sekarang. Bermulalah manusia menggunakan apa sahaja kaedah yang difikirkan boleh membantu, umpamanya mengikat dengan kayu kaki yang patah atau apa sahaja yang boleh mengurangkan kesakitan. Dalam pada itu, di nusantara ini banyak perkara keperluan semasa sewaktu zaman animisme,zaman perkembangan induisme dan kedatangan islam telah berkembang kepercayaan yang berkaitan mistik yang berkaitan kejadian luar biasa dengan kuasa-kuasa yang tak dapat difikirkan. Disinilah bermulanya pemujaan dan permintaan tertentu kepada yang dianggap berkuasa. Tidak secara lansung telah menghubungkan manusia dan jin yang juga mahluk Allah yang mempunyai banyak kelebihan kerana mereka boleh hidup beribu tahun dan berupaya bergerak sepantas kilat. Kemudian, pertolongan jin kepada manusia dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh jin tersebut. Jadi bukanlah hanya terhad kepada pengamal dukun atau bomoh tersebut sahaja. Tetapi kepada semua jenis keperluan perubatan lain. Disinilah bermula keupayaan atau kebolehan dukun-dukun tersebut untuk membantu pemulihan pesakit.
    Untuk pengetahuan lebih lanjut,anda perlu banyak membaca buku-buku yang berkaitan untuk kajian.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Lanjutan dari keterangan awal bolehlah dikatakan dengan pertolongan dari makhluk tersebutlah dukun-dukun dan bomoh ini melaksanakan amalan membantu orang-orang yang datang mendapatkan pertolongan. Walaupun begitu, kita sebagai orang Islam yang beriman haruslah yakin apa juga hasil yang dicapai adalah dengan izin Allah s.w.t. semata-mata. Begitu jugalah pada zaman kedatangan Islam ke nusantara. Penyambungan amalan perubatan melalui perubahan dari kepercayaan Hindu kepada Islam, yang mana ilmu tersebut kini telah diIslamkan .Jadi berlakulah perubahan dan penambahan dengan bacaan ayat-ayat tertentu. Kononnya ilmu tersebut adalah perubatan Islam tetapi sebenarnya masih lagi berasaskan amalan lama. Walaupun begitu, tidaklah dinafikan bagi sesetengah pengamal yang daripada mulanya mempelajari perubatan Islam pada zaman setelah kedatangan Islam, tidak terikat dengan amalan-amalan awal yang dikatakan bercanggah dengan syariat Islam.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. owh,begitu rupanya. Syukran... Terima kasih banyak-banyak tuan kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan saya ini.

    ReplyDelete
  5. boleh berikan alamat tukang2 urut yang terbaik yg boleh membetulkan tulang ?? Sebab kaki saya teseliuh 3bulan lepas dan sekarang terdapat bengkak di bahagian tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat balas komen tuan/puan. Boleh hubungi Haji Yamin di talian 013 3244292. Alamat: No.8, Jalan Sesapan Kelubi, Kg. Sesapan Kelubi, 43700 Beranang, Selangor. Carian waze: jalan sesapan kelubi, beranang, selangor. Terima kasih.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete